AJK PSS 2011

AJK PSS 2011

Click here for Myspace Layouts

Thursday, December 29, 2011

PLOT, TEKNIK PLOT, WATAK & PERWATAKAN, LATAR, GAYA BAHASA, PENGAJARAN DAN NILAI

Plot
i.          Permulaan
·         Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah.

·         Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.

·         Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.

·         Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

ii.         Perkembangan
·         Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.

·         Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.

·         Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.

·         Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.

·         Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.

·         Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.

·         Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.

·         Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
·         Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.

·         Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.

·         Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

·         Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.

iii.            Klimaks
·         Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.

·         Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

·         Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.

·         Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.

iv.            Peleraian
·         Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.

·         Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.

·         Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
 ·         Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.

·         Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
·         Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.

·         Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.

·         Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

Teknik Penceritaan 

i.        Pemerian

Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.

ii.        Dialog

Contoh: ”Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi.

iii.        Imbas kembali

Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.

iv.        Imbas Muka

Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.

v.        Saspens

Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.

vi.        Kejutan
Contoh: Shahrul dan rakan-rarakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit.

vii.        Monolog dalaman
 Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

Watak Utama

i.      Badri
·         Anak sulung kepada Mak Siti.

·         Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

·         Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas.

·         Pengawas sekolah.
 Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.

·         Seorang yang berdisiplin.
Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya.

·         Seorang yang menepati masa.
Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri  tidak pernah terlewat menunggu bas  awam untuk pergi ke sekolah.

·         Seorang yang setia dalam persahabatan.
Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.

·         Seorang yang berani menghadapi cabaran.
Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.

·         Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran.
Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.

·         Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan

i.      Shahrul
·         Murid dari kelas 5 Cergas.

·         Bersahabat baik dengan  Kumar dan Meng Kong.

·         Berasal daripada  keluarga berada.

·         Seorang yang ego.
Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.

·         Seorang yang materialistik.
Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.

·         Seorang yang tidak menepati masa.
Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira.
 ·         Seorang yang suka berfoya-foya.
Contoh: Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.

·         Seorang yang gemar makan makanan barat.
Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.

·         Seorang yang buruk sangka.
Contoh: Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.


·         Seorang yang panas baran.
Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

·         Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik.
Contoh: Shahrul  berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.

ii.    Nadira
·         Seorang pelajar perempuan.

·         Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya bertugas di sana.

·         Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.

·         Seorang yang tidak tegas pendirian.
Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya Badri telah dianiayai oleh Shahrul.

·         Seorang yang mengalami kejutan budaya.
Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.

·         Seorang yang tidak mendengar nasihat.
Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta boleh menjejaskan masa depannya.

·         Seorang yang suka membazirkan masa.
Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.

·         Seorang yang tidak menghormati orang lain.
Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.

iii.   Meng Kong
·         Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
·         Sahabat kepada Badri.
·         Seorang anak yang tidak jujur.
Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.
     Seorang yang mata duitan.
Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

·         Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

·         Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa.
Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

iv.   Cikgu Jailani
·         Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
·         Seorang yang tegas.
Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.



·         Seorang yang adil.
Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas dalam satu pasukan.

·         Seorang yang rasional.
Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.
 ·         Seorang yang bertolak ansur.
Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Latar
Latar Tempat   
Tepi tasik
Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.

Pondok kecil
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.

Rumah Badri
Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.

Tempat menunggu bas
Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.

Blok C bangunan sekolah
Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.

Tandas sekolah
Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.

Kelas 5 Bestari
Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.

Kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.

Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri. Rumah Pak Alang
Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.

Kompleks beli-belah
Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.

Resort Jamil
Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Latar Masa
Pagi
Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.

Waktu selepas rehat
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.

Selepas waktu persekolahan
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan.


Hari Sabtu
Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.

Pukul 4.00 petang
Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei.

Petang
Contoh: Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.

Latar Masyarakat
Masyarakat yang prihatin terhadap anak
Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan.

Masyarakat yang bijak menguruskan masa
Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.

Masyarakat pelajar yang rajin belajar
Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan.

Masyarakat guru yang tegas dan adil
Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam  menyelesaikan masalah disiplin murid supaya  tidak ada murid yang teraniayai.

vi.  Masyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri  dan bercampur dengan budak-budak motor.

Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah
Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan di sekolah.

Masyarakat yang emosional
Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk kembali ke pangkal jalan.



Gaya Bahasa

Personifikasi
Contoh: Ombak memukul pantai
Peribahasa
Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut,
Menang jadi arang kalah jadi abu

Pengulangan kata
Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau.

Kata ganda
Contoh: mandi-manda

Simpulan bahasa
Contoh: Buah mulut

Sinkope
Contoh: Kau, Nak

Simile
Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar ,
Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang

Hiperbola
Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri

Bahasa Asing (bahasa Inggeris)
Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak,Race



Pengajaran
          
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.

Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan diri.
Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan kerana mempunyai  ilmu persilatan.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Contoh: Badri dan Siew Mei  gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.
Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri tidak bersalah.

Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.
Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.

Kita janganlah  terburu-buru ketika membuat keputusan.
Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.

Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh:  Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.

Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan.
Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat   dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.

Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan  Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut disiplin anaknya.



Nilai

Nilai kasih sayang
Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.



Nilai ketabahan
Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang  dihadapi olehnya.

Nilai kegigihan
Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Nilai bertanggungjawab
Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah  memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan  anak-anaknya.

Nilai Prihatin
Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi saying akan masa depan Nadira.

Nilai cinta akan seni warisan bangsa
Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

Nilai keberanian
Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya.

Nilai persahabatan
Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing.



Soalan

Nyatakan tema novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah.

Jelaskan tiga nilai  yang terdapat dalam novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah

Jawapan

Tema novel Merenang Gelora ialah ketabahan  seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas di sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

Tiga nilai dalam novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah ialah nilai ketabahan. Contohnya, Badri tetap tabah dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-bagai dugaan,cemuhan,ugutan dan tindakan dihadapi. Nilai prihatin contohnya, En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. Ketiga nilai sayang akan seni bangsa contohnya, Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.


 SEKIAN, TERIMA KASIH




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARGA KERJA SMKJ18

2010 DALAM KENANGAN...SAYONARA

SAKSIKANLAH....

KURSUS GPM-BTPN KUANTAN

GALERI PUSAT SUMBER

GALERI PUSAT SUMBER
GAMBAR GURU& STAF SMKJ18

MAJLIS TITISAN ILMU

MAJLIS TITISAN ILMU
CERAMAH MOTIVASI

PENCERAMAH

PENCERAMAH
USTAZ MOHD ROZI

MENDENGAR CERAMAH

MENDENGAR CERAMAH
GURU&PELAJAR LELAKI

CERAMAH MOTIVASI

CERAMAH MOTIVASI
KUSYUK

MENDENGAR UCAPAN

MENDENGAR UCAPAN
PELAJAR TG 3

PERPUSTAKAAN SMKJ18

PERPUSTAKAAN SMKJ18
SEJUK, NYAMAN, MENYASIKKAN

CUTI-CUTI BLOGGER....

MY KIDS

MY KIDS
MENGEJAR IMPIAN

MY BIRTHDAY CAKE

MY BIRTHDAY CAKE

JAMUAN HARI RAYA

JAMUAN HARI RAYA
KELAB GURU & KAKITANGAN






HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU

HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU


KGKT

KGKT
CENDERAHATI AHLI